Keluasa tanah Kampung bukit Teh adalah 35 Hektar.
Bukit Teh Juga terdapat 2 kampung lagi di dalam qariah bukit Teh iaitu Kampung berangan 9 dan Kampung Nyuir.
Bukit Teh juga ketika peringkat di buka hanya sebilangan kecil sahaja rumah yang di diami oleh orang-orang melayu yang meneroka dan selebihnya membeli tanah tersebut bagi tujuan pertanian.
Dan
Sekarang ini Bukit Teh telah pesat membangun dengan penduduk yang mana terdapat banyak pendududk Bukit Teh berkahwin sesama kampung maka hasil nya mereka yang berkahwin menetap terus di bukit Teh sehingga kini terdapat 452 buah rumah bersamaan 2956 orang.
Terdapat juga di dalam kampung Bukit Teh berbagai pertubuhan yang masih aktif bagi tujuan meyatupadukan masyarakat seperti berikut:
- Pertubuhan Kebangsaan melayu Bersatu. ( UMNO )
- Pertubuhan Gerakan Belia 4B.
- Pertubuhan penanam-penanam sayur.
- Pertubuhan Unit Peladang ( PPK Bukit Mertajam)
- Kelab bola sepak.
- Kumpulan tukang masak kenduri kahwin seramai 20 orang.
- kumpulan Mentara kenduri kahwin seramai 40 orang lelaki dan wanita.
- kumpulan persilatan bagi pelajar sekolah berumur 12 ke atas.